DPP UM 2025: Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan

Bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) Universiti Malaya (UM) untuk tahun 2025, permohonan kemasukan telah dibuka.
Berikut merupakan maklumat mengenai DPP UM dan cara untuk memohon.
Mengenai DPP UM
Di UM, DPP UM merupakan pengajian di bawah Fakulti Pendidikan UM untuk mereka yang berminat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.
Pengajian ini menawarkan pengajian minimum 1 tahun (2 semester) dan maksimum 3 tahun (6 semester).
Kebiasaannya, program ini menawarkan kaedah pengajian kerja kursus dengan kredit bergraduat selama 36 semester.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah pada 10 Feb 2025 sehingga 10 Mei 2025.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun dengan kemasukan September/Oktober 2025.
Bidang Pengkhususan
Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Pendidikan Bahasa Melayu
- Pendidikan Bahasa Arab
- Pendidikan Bahasa Cina
- Pendidikan Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Tahfiz
- Pendidikan Sejarah
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Matematik
- Pendidikan Kejuruteraan
- Pendidikan Sains Komputer
- Pendidikan Biologi
- Pendidikan Fizik
- Pendidikan Kimia
- Pendidikan Perakaunan
- Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); atau
- Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); dan
- Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; atau
- Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; atau
- Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa; atau
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya; dan
- Lulus temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
Syarat Khas
Pengkhususan TESL
- Pemohon warganegara hendaklah mempunyai sekurangnya kelayakan MUET Band 4
Pengkhususan Bidang Tahfiz
- Pemohon yang mempunyai pengalaman Tahfiz di semua peringkat pengajian (Sijil, Diploma, dan kelayakan yang diluluskan oleh senat) layak dipertimbangkan permohonannya.
Cara Memohon
Permohonan untuk pengajian boleh dibuat dengan mendaftar di pautan https://maya.um.edu.my/.
Sila klik butang ‘Create Account’ dan buat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai DPP UM 2025, layari laman web https://education.um.edu.my/.
Baca juga: DERMS 2025: Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera