Permohonan DSIP 2022: Dermasiswa Sultan Ismail Petra

Kepada anak Kelantan yang melanjutkan pengajian ke luar negara, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini membuka permohonan bagi program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) bermula bulan Januari 2022.

Untuk makluman, DSIP merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberi berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelabagai bidang termasuk Pengajian Islam.

Bentuk penajaan berbentuk dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon DSIP boleh membuat permohonan dengan segera.

Tempat Pengajian

Tempat pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Mesir (1+4) (1 tahun bagi pengajian di Markaz Lughah)
  • Lain-lain negara- berdasarkan surat tawaran

Syarat Umum

Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.
  2. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  3. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  5. Had pendapatan ibu bapa adalah RM80,000 ke bawah sahaja (sebulan).

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi calon yang ingin memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Pemohon Tahun Pertama

  • Layak memohon berdasarkan surat tawaran.

ii) Pemohon Tahun Kedua dan Ke Atas

  • Mesir: Makbul (lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut.
  • Lain-lain negara: minima PNGK 2.5 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di kaunter Unit Agihan Zakat MAIK atau di Aras 3, Unit Tajaan Pendidikan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai DSIP, sila layari laman web https://www.e-maik.my/v2/program-pendidikan/dsip.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: