DSIP 2025: Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK

Pelajar anak Kelantan yang menyambung pengajian di luar negara kini boleh memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2025.

Berikut merupakan maklumat dan cara memohon dermasiswa ini.

Mengenai DSIP

DSIP atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara merupakan bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun.

Ini bagi membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.

Oleh itu, pelajar anak Kelantan yang berminat boleh membuat permohonan pada tahun 1 Mac 2025.

Syarat Umum

Syarat umum yang mesti dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.
  2. Pelajar tahun 2 dan ke atas sahaja untuk dalam negara.
  3. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  6. Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan.

Cara Memohon

Permohonan dermasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.
  2. Pilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
  5. Lengkapkan permohonan dan hantar.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai DSIP 2025, sila hubungi Unit Pendidikan MAIK di talian 09-7421519 atau email ke [email protected].

Layari laman web https://www.e-maik.my/ untuk info lanjut.

Baca juga: PPF1 2025: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: