e-katalog-buku-teks-kpm

e-Katalog Buku Teks KPM: Rujukan Pembelian Judul Buku Teks 2022

Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) telah menerbitkan e-Katalog Buku Teks bagi penggunaan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.

Untuk makluman, buku teks merupakan rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum yang digunakan oleh para guru di bawah KPM untuk sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Penerbitan e-Katalog ini dibuat melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan memantapkan penyampaian maklumat berkaitan judul buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah.

Penerbitan e-Katalog ini dapat menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dan penjaga, pihak awam, badan berkanun dan swasta dalam pemilihan pembelian buku teks di pasaran terbuka.

Oleh itu, ibu bapa, penjaga atau pihak awam yang ingin membuat pembelian buku teks, sila dapatkan e-Katalog ini secara percuma di atas talian.

Kandungan e-Katalog Buku Teks

Kandungan yang terdapat di dalam e-Katalog ini adalah seperti berikut:

  • Buku Teks Tahun 4 Sekolah Kebangsaan
  • Buku Teks Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
  • Buku Teks Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
  • Buku Teks Tahun 4 Dual Language Programme
  • Buku Teks Tahun 4 Pendidikan Khas
  • Buku Teks Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
  • Buku Teks Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
  • Buku Teks Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
  • Buku Teks Tahun 5 Dual Language Programme
  • Buku Teks Tahun 5 Pendidikan Khas
  • Buku Teks Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
  • Buku Teks Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
  • Buku Teks Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • Buku Teks Tahun 6 Dual Language Programme
  • Buku Teks Tahun 6 Pendidikan Khas
  • Buku Teks Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah
  • Buku Teks Tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Dini & Kurikulum Bersepadu Tahfiz
  • Buku Teks Komponen Sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4
  • Buku Teks Komponen Sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Buku Teks Kesusasteraan Melayu, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Buku Teks Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia
  • Buku Teks Tingkatan 4 Mata Pelajaran Akademik Aliran Kemahiran
  • Buku Teks Tingkatan 4 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas
  • Buku Teks Tingkatan 4 Dan 5 Mata Pelajaran Vokasional (Digital Asas)
  • Buku Teks Tingkatan 4 Mata Pelajaran Elektif Teknikal
  • Buku Teks Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
  • Buku Teks Braille Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5
  • Buku Teks Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah
  • Buku Teks Tingkatan 5 Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz
  • Buku Teks Tingkatan 5 Dual Language Programme
  • Buku Teks Komponen Sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 5
  • Buku Teks Tingkatan 5 Sekolah Seni Malaysia
  • Buku Teks Tingkatan 5 Mata Pelajaran Akademik Aliran Kemahiran
  • Buku Teks Tingkatan 5 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas
  • Buku Teks Tingkatan 5 Mata Pelajaran Elektif Teknikal
  • Buku Teks Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Cara Mendapatkan

Untuk mendapatkan e-Katalog ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1wTggb_qLnal2qsMVmVv7wRPPoRj2PHg-.
  2. Muat turun dokumen sama ada dalam bentuk PDF atau Anyflip.
  3. Pengguna boleh memulakan bacaan selepas dokumen tersebut berjaya dimuat turun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai e-Katalog Buku Teks KPM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/e-katalog-buku-teks-kpm-2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top