Login e-Operasi KPM: Kemaskini Modul Pengurusan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah membangunkan satu sistem di bawah Sistem Pengurusan Sekolah iaitu Modul Pengurusan Guru yang dipanggil sistem e-Operasi.

Tujuan e-Operasi ini diwujudkan adalah bagi memudahkan tugas pengurusan bagi guru dan bukan guru di bawah KPM seperti tugasan kemaskini data, semakan status pertukaran lokasi dan penempatan guru.

Dengan kewujudan sistem ini, guru dan bukan guru yang ingin menjalankan perkara-perkara tersebut hanya boleh melakukannya secara atas talian, bila-bila masa dan di mana mereka berada.

Di samping itu juga, sistem ini memudahkan setiap sektor operasi pendidikan untuk mengemaskini data dengan tepat melalui atas talian.

Jenis Pengguna

Sistem e-Operasi KPM ini melibatkan modul pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang terdiri daripada 2 jenis pengguna iaitu:

  • Pentadbir sistem iaitu pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah.
  • Pengguna iaitu sama ada guru atau bukan guru.

Perbezaan pentadbir sistem dan pengguna ialah pentadbir sistem dilantik oleh KPM dan mereka sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Manakala pengguna pula didaftarkan oleh Pentadbir Sistem dan mereka yang telah berdaftar sahaja dibenarkan menggunakan modul ini.

Pengemaskinian Data

Terdapat beberapa pemengemaskinian data yang perlu dilakukan melalui sistem e-Operasi antaranya:

i) Maklumat Kakitangan

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pasangan
  • Maklumat subjek yang diajar
  • Maklumat akademik
  • Maklumat sejarah perkhidmatan
  • Maklumat ikhtisas
  • Maklumat perkhidmatan
  • Maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru

ii. Maklumat Enrolmen

  • Enrolmen mengikut kelas
  • Enrolmen mengikut subjek
  • Enrolmen ikut elektif

iii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan/pelaksanaan

iv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen
  • Kurang/lebih mengikut opsyen

v. Instrumen

  • Penilaian seminar
  • Penilaian program orientasi guru baru

vi. Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • PAV
  • MPV

Cara Penggunaan e-Operasi

Cara penggunaan sistem e-Operasi ini boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:

i) Layari laman web https://eoperasi.moe.gov.my/. Paparan laman web akan menunjukkan bahagian penting seperti bahagian log masuk, paparan mesej ralat, pengumuman, dan hak cipta.

ii) Klik bahagian ‘pendaftaran pengguna.’

iii) Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul dan klik butang ‘Simpan.’

iv) Log masuk dengan memasukkan login ID, kata laluan, dan no kad pengenalan dan klik butang ‘Login.’

v) Bagi pengguna, sila kemaskini semua maklumat dengan klik bahagian menu di sebelah kiri paparan.

vi) Bagi pentadbir, senarai menu ditunjukkan di bahagian sebelah kiri paparan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem e-Operasi ini, sila hantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: