e-Pengambilan PDRM: Permohonan Konstabel Polis Gred YA1
Individu yang berminat untuk menjadi anggota polis adalah dialu-alukan untuk memohon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 2023 bagi tahun 2023.
Mereka yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan PDRM.
Permohonan bagi jawatan ini dibuka mulai 16 Oktober 2023 hingga 3 November 2023.
Deskripsi Tugas Konstabel Polis
Untuk mereka yang layak menjawat jawatan ini, mereka akan menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:
- Jabatan Pengurusan
- Cawangan Khas
- Jabatan Siasatan Jenayah
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
- Jabatan Logistik dan Teknologi
- Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
- Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Gaji & Faedah
Gaji dan faedah bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
- Gaji Permulaan RM 1,441.00
- Elaun Khidmat
- Elaun Sara Hidup/Bayaran Insentif Wilayah
- Bayaran lnsentif Khas PDRM
- Elaun Perumahan
- Lain-lain elaun mengikut jabatan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
- Terdiri dari Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian.
- Kelayakan Akademik:
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 RM 1,441.00]; dan
– 2 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus 4 mata pelajaran lain; atau - Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 RM 1,441.00].
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut:
– Teknologi Elektrik
– Teknologi Elektronik
– Teknologi Kimpalan
– Teknologi Awam Pemprosesan Kayu dan Kemasan
– Teknologi Automotif
– Teknologi Kejuruteraan
– Teknologi Enjin Marin
– Teknologi Pembuatan
– Pengurusan Perniagaan
– Perbankan
– Pemasaran
– Teknologi Sistem Komunikasi Komputer Dan Rangkaian
– Multimedia Kreatif (Animasi)
– Rekabentuk Grafik Industri
– Sistem Pengurusan Pengkalan Data Dan Aplikasi Web; atau - Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01]; atau
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 RM 1,573.02].
Kelayakan Fizikal
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi kelayakan fizikal iaitu:
- Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita).
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita)/
- Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:
- Daftar di portal e-Pengambilan PDRM iaitu https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
- Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan.’
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon.
- Klik butang ‘Serah.’
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan konstabel Polis Gred YA1, sila layari laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.