Login e-Penyata Gaji: Semakan Slip Gaji Secara Online
Para guru atau penjawat awam secara amnya boleh menyemak gaji bulanan mereka melalui portal e-Penyata Gaji yang diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Sistem e-Penyata Gaji dibangunkan untuk membolehkan penyata gaji bulanan, penyata pendapatan tahunan, dan laporan bulanan pejabat perakaunan disampaikan terus melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Ini akan membolehkan penjawat awam menyemak perincian gaji mereka termasuklah elaun caruman KWSP, PERKESO, atau potongan lain yang dibuat secara bulanan.
Langkah ini juga merupakan inisiatif penting bagi mengurangkan penggunaan kertas dalam mencetak slip gaji yang diberikan kepada penjawat awam setiap bulan.
Butiran e-Penyata Gaji
Di dalam e-Penyata Gaji, sistem tersebut perlu memaparkan butiran gaji merangkumi perkara berikut:
- Jumlah Pendapatan: Merangkumi gaji pokok, elaun tetap atau sementara, dan bayaran tunggakan gaji sebelum apa-apa pemotongan di buat.
- Jumlah Potongan: Merangkumi potongan cukai pendapatan (jika ada), Insurans, Biro Angkasa, potongan pinjaman bank, atau bayaran ansuran perumahan kerajaan.
Perbezaan Gaji Pokok & Gaji Bersih
Perkara penting di dalam butiran penyata gaji ini ialah gaji pokok dan gaji bersih yang akan ditunjukkan dalam penyata tersebut.
Apakah perbezaan gaji pokok dan gaji bersih tersebut? Berikut adalah perbezaannya:
- Gaji Pokok: Gaji tetap yang diberikan oleh majikan dan termasuk elaun.
- Gaji Bersih: Gaji termasuk elaun yang telah ditolak beberapa potongan seperti cukai, caruman dan sebagainya.
Contoh slip gaji ditunjukkan dalam gambar di bawah
Login e-Penyata Gaji
Untuk login e-Penyata Gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx.
2. Di bahagian Daftar Masuk, klik bahagian ‘Pertama Kali Mendaftar.’
3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Ok’ setelah semua maklumat diisi.
4. Klik bahagian ‘Daftar Masuk’ untuk login ke e-Penyata Gaji.
5. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan ‘Daftar Masuk.’
6. Klik butang ‘Kemaskini’ dan masukkan no telefon, dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
7. Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ‘Sendiri’ untuk memuat turun penyata gaji bulanan atau pun penyata pendapatan tahunan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai e-Penyata Gaji, sila layari laman web https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/.