E-Prasekolah: Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2025/2026

Permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM boleh dibuat menerusi sistem E-Prasekolah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem permohonan online yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga bagi kemasukan tahun terkini.

Pengenalan Sistem e-Prasekolah KPM

E-Prasekolah merupakan sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk ibu bapa membuat permohonan kemasukan murid ke Pra sekolah di bawah KPM.

Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa membuat permohonan secara atas talian tanpa perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan borang permohonan.

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Prasekolah bagi tahun 2024/2025, permohonan secara online boleh dibuat mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024.

Syarat Permohonan e-Prasekolah KPM

Kemasukan ke Prasekolah di bawah KPM perlu menepati syarat permohonan berikut iaitu:

  • Kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
  • Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja.

Tatacara Permohonan e-Prasekolah KPM

Untuk membuat permohonan kemasukan menerusi E-Prasekolah, sila ikuti langkah-langkah berikut:

i) Secara Online

1. Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.

2. Klik butang ‘Daftar Pengguna.’

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

e-prasekolah

4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan diikuti dengan klik butang ‘Log Masuk.’

e-prasekolah kpm

5. Klik bahagian ‘Permohonan.’

e-prasekolah 2023

6. Lengkapkan semua maklumat dan klik butang ‘Langkah 2’ atau seterusnya sehingga tamat.

7. Klik kotak untuk pengesahan dan klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.

ii) Secara Manual

Untuk permohonan secara manual, ibu bapa boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai sistem E-Prasekolah, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: