E-Prasekolah KPM: Semakan Permohonan & Rayuan 2026

Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2026, semakan permohonan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2025 melalui sistem E-Prasekolah.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai semakan permohonan dan rayuan ini.
Mengenai Sistem E-Prasekolah
E-Prasekolah adalah sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk ibu bapa membuat permohonan kemasukan murid ke Prasekolah di bawah KPM.
Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa membuat permohonan secara atas talian tanpa perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan borang permohonan.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan
Tarikh semakan keputusan adalah bermula pada 5 Ogos 2025 iaitu pada hari Selasa manakala bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 5 Ogos sehingga 20 Ogos 2025.
Syarat Permohonan
Kemasukan ke Prasekolah di bawah KPM perlu menepati syarat permohonan berikut iaitu:
- Kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 sahaja.
Tatacara Semakan
Semakan permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:
- Layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.
- Klik bahagian ‘Semakan.’
- Keputusan permohonan dipaparkan.
- Jika permohonan berjaya, cetak surat tawaran tersebut.
Permohonan Rayuan
Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan bagi kemasukan anak-anak mereka ke prasekolah tersebut.
Tatacara permohonan rayuan adalah seperti di bawah:
- Layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.
- Klik bahagian ‘Semakan.’
- Klik perkataan ‘Mohon Rayuan’ di bahagian Tindakan.
- Isi semua maklumat yang ditetapkan.
- Klik butang ‘Hantar Rayuan.’
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai semakan permohonan menerusi sistem e-prasekolah KPM, sila layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.
Baca juga: SMAN Perak 2026: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1



