Panduan Muat Turun e-SIJIL MUET Secara Online

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan calon yang telah mengambil peperiksaan MUET boleh memuat turun sijil MUET secara online melalui e-SIJIL.
Berikut adalah maklumat dan panduan untuk memuat turun sijil ini.
Mengenai MUET
MUET adalah peperiksaan yang dijalankan mulai 1999 bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya di dalam negara.
Pelajar yang mengambil peperiksaan ini adalah mereka yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 di sekolah menengah terpilih di seluruh negara.
Pelaksanaan e-SIJIL MUET
MPM memaklumkan, mulai Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, calon boleh memuat turun dan mencetak Sijil MUET secara dalam talian (e-SIJIL) melalui portal MPM di pautan https://www.mpm.edu.my.
Selain itu, MPM juga memaklumkan tiada lagi Sijil MUET dalam bentuk salinan cetak atau salinan keras (hardcopy) akan dikeluarkan dan dihantar kepada calon oleh MPM.
Penggunaan e-SIJIL ini turut terpakai kepada calon yang menduduki MUET secara kaedah MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).

Cara Muat Turun Sijil MUET
Untuk memuat turun Sijil MUET secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi MPM iaitu https://sijil.mpm.edu.my.
- Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Submit.’
- Keputusan MUET dipaparkan.
- Muat turun sijil dalam format PDF atau boleh membuat cetakan.
Cetakan Hardcopy
Sekiranya calon ingin mendapatkan sijil cetakan MPM secara salinan cetak (hardcopy), caj bayaran RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju) dikenakan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sijil.mpm.edu.my dan sijil akan diposkan kepada calon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Semakan melalui e-sijil hanya untuk lima tahun ke belakang dari sesi tahun semasa sahaja.
Panduan Pendaftaran MUET 2024
Panduan pendaftaran MUET untuk tahun 2024 boleh dirujuk menerusi file di bawah:
Soalan Lazim
Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki ujian MUET.
Tempoh sah laku keputusan ujian MUET ialah lima tahun mulai dari tarikh keputusan ujian MUET dikeluarkan.
Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:
Calon Warganegara : RM150.00
Calon Bukan Warganegara : RM350.00
Komponen ujian MUET meliputi:
– Listening (50 minit)
– Speaking (30 minit)
– Reading (75 minit)
– Writing (75 minit)
Boleh. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan dan bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai sijil MUET, sila layari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/.
Baca juga: MUET Sesi 3 2024: Pendaftaran Malaysian University English Test



