Belanjawan 2023: e-Tunai Belia Rahmah RM200

Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah satu inisiatif yang diumumkan kepada golongan belia adalah pemberian e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Pemberian e-Tunai Belia Rahmah ini akan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM400 juta.

Inisiatif e-Tunai ini selain membantu meringankan beban kos sara hidup belia, pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian.

Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.

Inisiatif e-Tunai

Inisiatif e-Tunai ini juga telah dijalankan sebelum ini pada setiap tahun khusus kepada golongan belia.

Dalam Belanjawan 2022 sebagai contoh, kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan pelaksanaan ePemula berjumlah RM200 kepada belia 18 tahun sehingga 20 tahun yang layak.

Inisiatif tersebut melibatkan 4 penyedia perkhidmatan e-Tunai yang akan terlibat iaitu:

  • Touch n Go eWallet
  • GrabPay
  • Shopee Pay
  • BigPay

Penerima Yang Layak

Setakat ini, penerima yang layak untuk menerima inisiatif ini adalah belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Cara Mendaftar

Untuk membuat pendaftaran bagi mendapatkan e-Tunai ini, pihak Kementerian Kewangan akan memaklumkan langkah-langkah untuk mendaftar dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *