e-UKCG 2023: Ujian Kelayakan Calon Guru

Pemohon yang telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), mereka perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru atau (e-UKCG).

e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPGM.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin mengikuti PISMP di IPGM perlu melalui ujian ini terlebih dahulu sebelum untuk mereka layak menduduki saringan seterusnya.

Pelaksanaan ujian ini adalah bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Format e-UKCG

Peperiksaan ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan).

Setiap calon mestilah menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.

Selain itu, setiap calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Tarikh Penting

Pemohon yang telah membuat permohonan perlu mengambil perhatian tarikh penting berikut:

  • Tarikh semakan nama layak dipanggil menduduki peperiksaan: 15 Mac 2023 hingga 14 April 2023.
  • Tarikh ujian dijalankan: 17 April 2023 hingga 20 April 2023 dan 26 April 2023 hingga 28 April 2023.

Tatacara Menduduki Ujian e-uKCG

Pemohon boleh menduduki ujian ini menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ukcg.moe.gov.my/.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik butang “Hantar.”
  4. Jawab ujian dalam masa yang ditetapkan.

Info Lanjut

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) konsisten dalam melaksanakan pemilihan calon guru yang berminat, berkelayakan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

e-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.

Calon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan ‘SEMAKAN KEPUTUSAN’ dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal :
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |

Info lanjut mengenai ujian ini, sila layari laman web https://pismp.moe.gov.my/spcg_faq.cfm.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: