Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) Dinaikkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan elaun pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) dinaikkan berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman tersebut dibuat ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan kenaikan elaun ini yang melibatkan 2,267 orang mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi yang turut ditanggung oleh para pelajar.

Selain itu, kenaikan elaun ini juga diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Mengenai PESP

PESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh Petronas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.

Sejak PESP diwujudkan, Petronas telah menaja lebih 37,000 pelajar cemerlang tempatan melibatkan nilai tajaan lebih RM3.5 bilion yang mana 80% penerima merupakan golongan kurang berkemampuan.

Untuk tahun 2022, seramai 600 pelajar ditawarkan belajar di bawah Program PESP melibatkan nilai tajaan lebih RM340 juta yang juga merupakan jumlah tajaan pelajar tertinggi sepanjang pelaksanaan program tersebut.

Jumlah Kenaikan

Jumlah kenaikan elaun yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Elaun buku dan peralatan belajar: Kenaikan elaun daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.
  • Elaun Induksi (Onboarding Allowance): Kenaikan elaun daripada RM 4,500 kepada RM 5,000 (pelajar baru sahaja).

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-umum-kenaikan-elaun-pelajar-tajaan-petronas-381859?fbclid=IwAR0WQfaXcZdPm9fMuO60bAn2xhk1WFPfoTs2N7KTJUIjuSHqYHe1s2sGclg

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: