eMADANI MAE RM100: Cara Tebus eWallet MAE
Salah satu aplikasi yang boleh membuat penebusan bagi insentif eMADANI adalah aplikasi MAE berjumlah RM100.
Para pengguna aplikasi ini boleh membuat penebusan mulai 4 Disember 2023.
Berikut diterangkan cara-cara untuk membuat penebusan eWallet menerusi aplikasi ini.
Mengenai eMADANI
eMADANI merupakan bantuan eWallet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024.
Beliau pada ketika itu mengumumkan bahawa bantuan e-Wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.
Ini merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.
Pemberian bantuan ini disalurkan susulan daripada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Syarat Kelayakan
Untuk mereka yang berminat untuk membuat penebusan, sila semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
- Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan le bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Tarikh Penebusan
Untuk membuat penebusan, orang ramai boleh membuat penebusan bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Pengguna kredit serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan eWallet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.
Penyedia Perkhidmatan
Penyedia perkhidmatan yang menawarkan penebusan menerusi insentif ini adalah seperti berikut:
- MAE
- Setel
- ShopeePay
- TNG eWallet
Cara Membuat Penebusan
Penebusan menerusi aplikasi MAE boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi MAE.
- Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama.
- Lengkapkan maklumat anda dan klik ‘Hantar.’
- Anda akan dimaklumkan apabila tuntutan eMADANI RM100 anda berjaya!
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai eMADANI MAE, sila layari: