eMADANI Setel RM100: Cara Tebus eWallet Setel

Pengguna aplikasi Setel di seluruh negara yang layak boleh membuat penebusan eMADANI Setel RM100 bermula 4 Disember 2023 ini.

Bagi yang mempunyai aplikasi ini, berikut diterangkan cara-cara untuk anda membuat penebusan menggunakan aplikasi ini.

Mengenai eMADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa bantuan e-Wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Bantuan ini juga disalurkan susulan daripada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk membuat penebusan eWallet ini adalah seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan le bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Tarikh Penebusan

Orang ramai boleh mula membuat penebusan bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Manakala pengguna kredit serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.

Cara Membuat Penebusan

Untuk membuat penebusan menerusi aplikasi Setel, sila ikuti 3 langkah mudah ini:

  1. Buka aplikasi dan buat proses akaun.
  2. Di laman eMADANI, isi maklumat dan hantar permohonan.
  3. Jika permohonan lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai eMADANI Setel, sila layari:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: