Endowment Fund Sarawak: Manfaat Bayi Sarawak RM1,000
Bayi yang lahir di Negeri Sarawak bakal menerima manfaat RM1,000 menerusi Endowment Fund Sarawak (EFS).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiantif ini.
Mengenai Endowment Fund Sarawak (EFS)
EFS merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000.00, dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Selain itu, insentif ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Objektif inisiatif program ini adalah:
- Membantu persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.
- Memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak.
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’ dan;
- Permohonan boleh dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau sehingga tempoh satu (1) selepas kelahiran.
- Bagi kategori anak angkat:
– Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad Sarawak berstatus ‘K’
– Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.
Kaedah Permohonan
Untuk makluman, permohonan secara dalam talian (online) masih dalam proses dibangunkan.
Oleh itu, hanya terdapat kaedah permohonan secara manual.
- Bagi pemohon berada di negeri Sarawak, pemohon wajib hadir dan mohon secara manual di mana-mana 49 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak.
- Bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen seperti di atas ke alamat berikut:
Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching,Sarawak
Tel: 082-242221/082-242223
(Permohonan Endowment Fund Sarawak)
Dokumen Sokongan
Semua permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN;
- Salinan Sijil Lahir Bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN; dan
- Borang EFS yang diisi lengkap.
Bagi permohonan di Sarawak, sila bawa borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan dan hadir terus ke cawangan JPN untuk memohon EFS.
Bagi permohonan dari Semenanjung Malaysia, W.P Labuan atau Sabah, pemohon wajib mendapatkan pengesahan (Certified True Copy) daripada Pegawai JPN di JPN Semenanjung Malaysia, W.P Labuan atau Sabah sebelum permohonan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPN Sarawak.
Bagi permohonan dari luar Malaysia, pemohon wajib mendapatkan pengesahan (Certified True Copy) daripada Pejabat Kedutaan Malaysia/Pesuruhjaya Tinggi Malaysia/Konsulat Jeneral Malaysia sebelum permohonan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPN Sarawak.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Endowment Fund Sarawak:
- Bagi semakan penerimaan dokumen permohonan, sila hubungi JPN Negeri Sarawak di talian 082-242221/082-242223 selepas dua (2) minggu anda pos permohonan.
- Bagi semakan status permohonan, sila hubungi melalui WhatsApp di talian +6014-6881398 (WhatsApp sahaja).
- Bagi pertanyaan selain semakan status, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di e-mel: [email protected]
- Link untuk muat turun borang permohonan EFS:
– Bagi kelahiran sehingga 31 Disember 2024: http://bit.ly/borangefs2024
– Bagi kelahiran bermula 1 Januari 2025: http://bit.ly/borangefs2025
Untuk maklumat lebih lanjut, https://kpwk.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/100 atau layari https://linktr.ee/bibefs
Baca juga: Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2025