ePangkat 2025: Kenaikan Pangkat Time-Based DG10-DG14 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran kenaikan pangkat secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melalui sistem ePangkat.
Kenaikan pangkat ini melibatkan PPP Gred DG10 hingga DG14 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSPA) atau Gred DG44 hingga DG54 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Mengenai ePangkat
ePangkat merupakan sistem telah diperkenalkan sekitar tahun 2008 bagi mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat.
Sebelum pengenalan sistem ini, timbul rungutan dalam kalangan guru dan kakitangan am seperti tempoh masa yang lama untuk memproses permohonan kenaikan pangkat.
Menerusi sistem ini, ianya memudahkan urusan permohonan kenaikan pangkat bagu guru dan kakitangan am di bawah KPM.
Sistem ini juga dapat mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat.
Objektif ePangkat
Objektif kewujudan sistem ini adalah untuk:
- Menyediakan satu sistem pengurusan kenaikan pangkat yang lebih tersusun.
- Memberikan kemudahan kepada para guru mengemaskini maklumat terkini mereka bagi mengelakkan urusan kenaikan pangkat mereka mempunyai sebarang masalah.
- Memudahkan dan mengautomasikan semua proses dan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan.
- Memudahkan perancangan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan.
- Memastikan urusan kenaikan pangkat yang lebih sistematik.
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian pemohon adalah seperti berikut:
Cara Login ePangkat
Untuk login ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://epangkat.moe.gov.my/login.php.
- Jika belum mendaftar, klik butang ‘Belum Berdatar?’
- Masukkan butiran seperti nombor kad pengenalan, kata laluan dan email.
- Klik butang ‘Hantar.’
- Kemudian, login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai urusan kenaikan pangkat ini, sila layari pautan berikut: https://epangkat.moe.gov.my/.
Baca juga: BTAR 2025: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman