Fly2Campus: Sistem Penyelarasan Pulang Pelajar Menerusi Penerbangan

Pelajar-pelajar yang akan kembali semula ke kampus menerusi perkhidmatan penerbangan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan sistem Fly2Campus sebagai bagi tujuan menyelaras pergerakan pulang pelajar yang menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Fly2Campus merupakan sistem yang digunakan sebagai platform pengumpulan maklumat bagi pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan bagi pergerakan pulang ke kampus.

Menerusi penggunaan sistem ini, penyedia perkhidmatan penerbangan akan melaksanakan penyelarasan berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Fly2Campus dan akan menghubungi pelajar bagi tujuan pembelian tiket.

Ini secara tidak langsung akan melancarkan pergerakan pulang pelajar terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Pengguna Sistem

Sistem ini hanya boleh digunakan oleh pelajar IPT berstatus warganegara sahaja dan tidak terpakai bagi pelajar antarabangsa.

Mereka juga mestilah telah menerima pemakluman kemasukan ke kampus bagi sesi akademik 2021/2022 secara fizikal mulai 15 Obtober 2021 dan menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Tarikh Penggunaan Sistem

Sistem ini boleh digunakan mulai 1 Oktober 2021 bermula jam 12.00 tengah hari dan akan tamat pada 6 Oktober 2021 pada jam 12.00 tengah hari.

Lapangan Terbang Terlibat

Senarai lapangan terbang yang terlibat dalam penyelarasan bagi penghantaran pulang pelajar ke kampus adalah seperti berikut:

  • Lapangan Terbang Senai, Johor.
  • Lapagan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
  • Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA 2
  • Lapangan Terbang Labuan.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.
  • Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah.
  • Lapangan Terbang Sandakan, Sabah.
  • Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
  • Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak.
  • Lapangan Terbang Miri, Sarawak.
  • Lapangan Terbang Sibu, Sarawak.

Cara Mendaftar

Untuk membuat pendaftaran menerusi Sistem Fly2Campus, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://iptpelajar.mohe.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Masuk’ dan diikuti dengan memasukkan no kad pengenalan dan Captcha.
  3. Daftar maklumat diri dengan lengkap dan betul.
  4. Kemudian, pilih tarikh penerbangan, balai pelepasan penerbangan, dan destinasi.
  5. Setelah selesai, pihak perkhidmatan penerbangan akan menghubungi pelajar bagi pembelian tiket.
  6. Buat urusan pembelian tiket pada tarikh dan masa yang telah dipilih.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai sistem Fly2Campus, sila hubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6628/6949/6623.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: