Permohonan FSA2: Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan perincian bagi pencarum yang ingin membuat pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan cagaran Akaun 2 KWSP menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Untuk makluman, FSA2 diperkenalkan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Ini bermakna, simpanan dalam Akaun 2 tersebut boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon kemudahan ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada ahli KWSP warganegara Malaysia yang belum mencapai 55 tahun.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan adalah sekali sahaja.
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan.
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak.
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000.
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.
  9. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli iaitu:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.
  3. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Semak Baki Akaun 2

Untuk menyemak baki Akaun 2 KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member.
  2. Klik “Log Masuk.”
  3. Masukkan User ID dan klik butang “Next.”
  4. Masukkan password.
  5. Baki akaun dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai FSA2, layari laman web https://fsa2.kwsp.gov.my/ mulai 5 April 2023.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: