FutureReady YTAR: Program Peningkatan Kemahiran Belia B40

Belia B40 yang terdiri daripada pelajar prasiswazah, siswazah, dan graduan menganggur dari universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA adalah dialu-alukan untuk memohon Program FutureReady Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

FutureReady adalah program yang dilaksanakan dengan kerjasama Accenture Malaysia bertujuan membantu belia B40 berkembang maju dalam pasaran pekerjaan yang kompetitif pada waktu ini.

Melalui program ini, belia akan berpeluang meningkatkan kemahiran dalam bidang utama yang diperlukan untuk kerjaya yang berjaya dalam industri perkhidmatan profesional.

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan sebelum 12 Ogos 2022, 11.59 malam.

Sebab Menyertai

Antara sebab belia perlu menyertai program ini adalah seperti:

  • Belajar menyelesaikan masalah seperti perunding
  • Akses kepada bimbingan dan rangkaian dengan profesional korporat
  • Peluang memenangi geran pengajian sebanyak RM 150,000

Tempoh Program

Program ini akan dilaksanakan selama 4 bulan iaitu pada bulan September hingga Disember yang merangkumi kandungan khusus, latihan praktikal dan bimbingan secara peribadi bagi mempelajari mengenai perunding teknologi moden.

Pada akhir program, pelajar ini akan menjalani cabaran kajian kes, yang mana mereka akan diminta mengemukakan penyelesaian mereka kepada panel hakim yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi dari Accenture Malaysia dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia daripada universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian. YTAR akan mengutamakan pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir, pelajar Sarjana tahun akhir dan graduan menganggur.
  3. Memiliki PNGK 3.0 dan ke atas dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi.
  4. Datang daripada komuniti B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut http://bit.ly/FutureReadyMY.
  2. Klik butang ‘Apply Here.’
  3. Klik butang ‘Next’ dan isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web http://bit.ly/FutureReadyMY.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: