Permohonan Gadang Scholarship Programme 2023

Pelajar yang berbakat dengan kedudukan akademik yang cemerlang, menunjukkan perwatakan teladan dan kualiti kepimpinan yang cemerlang serta mempunyai komitmen dan semangat yang kuat untuk berjaya memohon Gadang Scholarship Programme 2023.

Syarikat Gadang merupakan sebagai salah satu syarikat terkemuka yang merangkumi bidang Pembinaan, Kejuruteraan, Pembangunan Hartanah dan Utiliti.

Tujuan utama biasiswa ini diberikan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam pengajian tinggi mereka dan mereka mampu melonjakkan pembangunan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan awam
  • Struktur, Hidraulik
  • Geo-teknikal/Lebuhraya/Turapan
  • Ukur Bahan
  • Pengurusan Bangunan
  • Kejuruteraan Lebuhraya
  • Pengurusan pembinaan
  • Kejuruteraan mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Kewangan & Perakaunan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 23 tahun dan ke bawah.
  2. Pemohon hendaklah menunggu kemasukan atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sepenuh masa dalam tempatan.
  3. Pemohon merupakan pelajar universiti/kolej yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  4. Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah mereka mesti memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5 daripada 4.00 dalam keputusan semester terkini mereka.
  5. Pemohon mestilah tidak mendapat biasiswa lain daripada organisasi lain untuk kursus pengajian yang sama (selain PTPTN).
  6. Mesti telah mencapai sekurang-kurangnya 5A dalam SPM/O-Level dan minimum 3A’s STPM/A-Level atau setaraf, yang mana berkenaan.
  7. Menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  8. Mestilah dalam bahasa Inggeris lisan dan bertulis.
  9. Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat.
  10. Menunjukkan keperluan untuk bantuan kewangan.

Tatacara Permohonan

Permohonan biasiswa ini boleh dipohon melalui borang permohonan di bawah

Kemudian, hantar borang permohonan ke alamat emel iaitu [email protected] atau:

Group Human Capital Department, Wisma Gadang,
No 52, Jalan Tago 2,
Off Jalan Persiaran Utama, Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Gadang Scholarship Programme 2023, layari laman web https://www.gadang.com.my/ dan hubungi 03-6279 6288/[email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: