GBP TEKUN Nasional: Program Latihan Asas Keusahawanan Graduan

Para graduan dari tahun 2019 hingga 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan, TEKUN Nasional dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia mengalu-alukan graduan untuk mengikuti program Graduate Business Program (GBP).

GBP merupakan program latihan asas keusahawanan khusus kepada graduan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ilmu dan kemahiran keusahawan serta dunia perniagaan.

Peserta yang mengikuti akan dilatih untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Tekun Nasional bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.

Graduan yang berminat boleh membuat permohonan dan penyertaan hanya dibuka kepada 500 peserta terawal sahaja.

Objektif Program

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Membudayakan keusahawanan kepada graduan selepas tamat pengajian.
  • Melahirkan graduan usahawan muda digital yang memacu ekonomi negara.
  • Memastikan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi program ini adalah dari kalangan pelajar di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Sarjana dari IPTA dan IPTS yang telah bergraduan pada tahun 2019 hingga 2022 yang belum mendapat pekerjaan.

Tempoh Latihan

Tempoh latihan dijalankan adalah selama 9 hari oleh Master Trainer berpengalaman dalam industri.

Jumlah Pembiayaan

Peserta yang menyertai program ini berpeluang mendapat bantuan pembiayaan daripada TEKUN Nasional sehingga RM100,000.

Tatacara Permohonan

Graduan yang berminat boleh memohon menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Klik pautan permohonan iaitu https://bit.ly/gbpTEKUN.
  2. Baca maklumat program.
  3. Lengkapkan semua maklumat penyertaan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  5. Klik “Submit” untuk menghantar penyertaan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai GBP, sila hubungi UKM-Karier di talian 03-89214535 atau menghantar emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: