GCR: Prosedur Mohon Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam

Penjawat Awam di Malaysia layak untuk mendapat gantian cuti rehat yang masih berbaki menerusi Gantian Cuti Rehat (GCR).

GCR ialah adalah award wang tunai yang diberi kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Perkara ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

Cara Pengumpulan GCR

Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti ini adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Kategori Layak/Tidak Layak

Penjawat awam yang layak atau tidak untuk menerima gantian cuti ini adalah mengikut seperti berikut:

i) Layak

  • Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan).
  • Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

ii) Tidak Layak

  • Pegawai Kontrak.
  • Pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

Formula Pengiraan GCR

Pemberian gantian ini adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.

Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

Kenaikan GCR 2023

Dalam Bajet 2023, kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik gantian cuti ini kepada berikut:

  • Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari
  • Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.

Ini bermakna, pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award ini perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari.
  • Bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Permohonan Gantian Cuti

Permohonan boleh dibuat menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.

Ketua Jabatan perlu meluluskan menerusi HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.

Panduan Pengurusan

Panduan pengurusan GCR boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:

Info Lanjut

Untuk info lanjut, layari laman web http://www.jpapencen.gov.my/gcr.html.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: