GEMS: Program Graduan Menjadi Ejen PTPTN RM400 Sebulan
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang belum mendapat pekerjaan namun berminat dalam bidang keusahawanan boleh menyertai Program Graduate Executive Marketer (GEMS) yang diperkenalkan oleh PTPTN.
GEMS merupakan dibawah Program Dana PENJANA KPT-CAP bertujuan untuk melatih peminjam PTPTN yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 dalam ilmu keusahawanan dan pemasaran digital disamping menjana pendapatan.
Peserta GEMS akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus.
Mereka akan diberikan latihan intensif mengikut modul yang disediakan beserta bimbingan dan tunjuk ajar oleh pegawai PTPTN.
Sekiranya peserta GEMS memperoleh tawaran pekerjaan yang lain semasa program ini berjalan, mereka masih boleh terus menjadi peserta GEMS secara sambilan.
Graduan yang berminat boleh membuat permohonan selewat-lewatnya 21 Jun 2022 kepada pihak PTPTN.
Kelebihan Program
Kelebihan yang akan dinikmati oleh para peserta program ini adalah seperti berikut:
- Elaun sebanyak RM400 sebulan sepanjang tempoh 12 bulan.
- Perlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan).
- Komisyen yang lumayan.
- Tanpa modal perniagaan.
- Waktu kerja fleksibel.
- Sokongan pemasaran berterusan.
- Latihan/bimbingan diberikan.
- Sijil boleh digunakan memohon MicroCredential jika peserta menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di mana-mana IPTA.
- Pasaran luas tanpa sempadan.
- Tidak melibatkan transaksi tunai.
- Produk Simpan SSPN Plus telah dikenali.
- Produk patuh Syariah.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi mereka yang ingin menjadi peserta program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda (aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020.
- Merupakan peminjam PTPTN.
- Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman.
- Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pemasaran digital dan aktif menggunakan media sosial.
- Tidak berstatus muflis.
Cara Mendaftar
Pendaftaran untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my/gems/index.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang “Log Masuk.”
- Ikut arahan dan lengkapkan maklumat pendaftaran.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai GEMS, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/gems/index.