Geran Agropreneur Muda Start-Up: Bantuan Sehingga RM30,000

Bagi individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 43 tahun yang berminat dengan sektor pertanian adalah dialu-alukan untuk memohon Geran Agropreneur Muda Start-Up.

Mengenai Geran Agropreneur Muda Start-Up

Geran Agropreneur Muda Start-Up INI merupakan bantuan yang diwujudkan untuk golongan muda yang berumur antara 18 hingga 43 tahun. 

Program bantuan ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Objektif program bantuan ini diwujudkan adalah seperti berikut:

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 43 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.
  • Menyokong Pembangunan graduan lepasan kolej pertanian.

Kumpulan Sasar

Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 43 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan geran ini.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan menerusi geran ini telah dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM30,000.00.

Bantuan adalah dalam bentuk barangan dan tidak perlu dibayar balik.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan asas geran bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 45 tahun; dan
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis.

Syarat tambahan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur antara 18 – 43 tahun;
  2. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  4. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal;
  5. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web https://egam.kpkm.gov.my/.

Carta Alir Proses Permohonan

Proses permohonan geran ini boleh dilihat menerusi carta alir di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai geran ini, sila layari laman web https://egam.kpkm.gov.my/.

Baca juga: MyBrain 2.0 2025: Permohonan Penajaan Sarjana & PhD

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: