Permohonan Geran Bantuan Ke IPT & Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i YP

Berita baik untuk anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi apabila Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) menyediakan 2 kategori bantuan iaitu Geran Bantuan Pelajar dan Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i.

Untuk makluman, YP merupakan yayasan yang memulakan operasi pentadbiran pada tahun 1983 yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Kedua-dua ketegori bantuan ini adalah salah satu usaha YP dalam meningkatkan kemajuan pendidikan terhadap anak-anak Pahang terutamanya bagi mereka yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.

Permohonan Geran Bantuan Pelajar dibuka sepanjang tahun manakala permohonan Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i dibuka sehingga 16 September 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Geran Bantuan ke IPT: RM500 (untuk pelajar baharu sahaja)
  • Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i: RM200 (untuk pelajar dalam pengajian sahaja)

Institusi Pendidikan

Pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan salah satu daripada kedua-dua kategori bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/index.php (untuk Geran Bantuan ke IPT) atau https://eyayasan2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php (untuk Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i).
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua kategori bantuan ini, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: