Permohonan Geran Bantuan Ke IPT Negeri Pahang 2025

Bagi anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, anda boleh memohon permohonan Geran Bantuan Ke IPT.
Berikut merupakan info mengenai geran bantuan ini.
Mengenai Geran Bantuan Ke IPT
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 yang dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.
Mulai Januari 2014 pemberian Geran telah diperluaskan dengan Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 sehingga ke peringkat Sarjana / PhD. Bagi kategori permohonan Geran 3.0, kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM1,000.
Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan diberi sentuhan penambahbaikan melalui Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.
Pemberian masih dikekalkan bermula tawaran di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat Kedoktoran (PhD) di mana tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah dan peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Pra Siswazah (Sijil / Asasi / Matrikulasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah Sarjana Muda) : RM700
- Geran Pasca Siswazah (Sarjana – PhD): RM1,200
Institusi Pendidikan
Pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk kedua-dua bantuan ini adalah seperti berikut:
i) Geran Pra Siswazah
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
– Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
– Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
– Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. - Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM; atau
- Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
- Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.
ii) Geran Pasca Siswazah
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
– Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
– Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
– Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. - Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
- Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.
- Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan salah satu daripada kedua-dua kategori bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://eyayasan.yp.org.my/awam//
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua kategori bantuan ini, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.
Baca juga: Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2026 (QS Ranking)