Geran Sepadan PTPTN: Insentif Pendidikan Sehingga RM10,000

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Geran Sepadan kepada para pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime) yang berpendapatan rendah di seluruh negara.

Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 khas kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. ​

Pemberian geran ini adalah berasaskan kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2003 pada 20 September 2002 yang bersetuju memperuntukkan RM1 bilion dalam bentuk Geran Sepadan sebagai insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Justeru itu, pendeposit yang berpendapatan rendah dan ingin mendapatkan geran ini boleh membuat permohonan dengan segera.

Jumlah Insentif

Jumlah insentif yang ditawarkan melalui ini kepada para pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga.

Syarat Permohonan

Untuk memohon, pendeposit perlu memenhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga
  2. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
  3. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan.
  5. Pemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sah sahaja

Cara Memohon

Untuk memohon geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pergi ke mana-mana pejabat PTPTN yang berhampiran.
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    – Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
    – Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT.
    – Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat.
    – Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tiada surat tawaran mendaftar ke IPT atau mempunyai resit bayaran).
    – Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai.
  3. Maklumkan kepada kakitangan PTPTN untuk memohon Geran Sepadan.
  4. Kakitangan PTPTN akan membantu proses seterusnya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 atau melayari laman web https://www.ptptn.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: