Gerbang Az-Ziwaaj: Bantuan Perkahwinan RM1,000 Kelantan

Belia di Negeri Kelantan yang bakal melangsungkan perkhawinan boleh membuat permohonan Gerbang Az-Ziwaaj iaitu bantuan perkahwinan daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Gerbang Az-Ziwaj

Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju negeri berkebajikan.

Skim inimula diperkenalkan pada tahun 2011 bertujuan membantu golongan belia yang berpendapatan RM2000 kebawah. 

Melalui skim tersebut, Kerajaan Negeri memberikan setiap pasangan RM1,000 dalam bentuk cek.

Bentuk Pemberian

Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah mematuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Pemohon mestilah lelaki – Hanya pemohon lelaki dibenarkan untuk membuat permohonan Skim Az-Ziwaaj
  • Warganegara Malaysia – Hanya warganegara Malaysia dibenarkan untuk membuat permohonan
  • Dilahirkan di Kelantan– Dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
  • Kategori Pemohon– Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu. (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri)
  • Perkahwinan Pertama – Hanya perkahwinan yang pertama sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Pendapatan Bulanan– Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
  • Tempoh Permohonan– Permohonan mestilah sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Isi Maklumat Permohonan
  4. Setelah maklumat pemohon & pasangan lengkap diisi, pemohon perlu memuat turun & mencetak borang permohonan. Pemohon juga perlu mengesahkan borang permohonan tersebut dengan penghulu mukim.
  5. Borang permohonan yang telah disahkan perlu dimuatnaik beserta dengan beberapa dokument yg dipinta.
  6. Pemohon boleh membuat pengesahan terhadap semua butiran yang diisi dan dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik. Disini juga, permohon perlu membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar.
  7. Setelah pengakuan dibuat, pemohon perlu menekan butang ‘Hantar Permohonan’ bagi melengkapkan proses permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Pejabat U-BeS di talian 097434477.

Baca juga: Jodoh Darul Iman: Portal Cari Jodoh Terengganu

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: