GIATMARA: Kursus Ditawarkan & Syarat Kelayakan
GIATMARA merupakan salah satu institusi pendidikan TVET yang menawarkan program-program persijilan kepada para pelajar.
Untuk makluman, GIAT MARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIAT MARA Sendirian Berhad.
Institusi ini diletakkan di bawah MARA, yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Tujuan utama institusi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.
Sijil Ditawarkan GIATMARA
Pensijilan yang ditawarkan di institusi pendidikan ini terdiri daripada:
- Sijil Profesional
- Sijil Kemahiran
- Sijil Modular
- Sijil Teknologi
- Sijil Kehadiran
- Sijil Kemahiran Warisan
- Sijil Perantisan
- Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
- Sijil Kemahiran Malaysia
- Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
- Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
- Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity
Kluster Kursus GIATMARA
Kluster kursus yang ditawarkan di dalam institusi pendidikan ini adalah berikut:
- Cluster Computer & Networking Technology
- Kluster Elektrikal
- Kluster Elektronik dan Mekatronik
- Kluster Fabrik
- Kluster Hairdressing and Cosmetology
- Kluster Hospitaliti
- Kluster Kulinari
- Kluster Mekanikal
- Kluster Pembuatan
- Kluster Pengangkutan
- Kluster Senibina
- Kluster Creative Media
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan untuk ke institusi pendidikan ini adalah seperti berikut:
- Calon mestilah Bumiputera.
- Sihat tubuh badan.
- Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
- Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
- Berminat dengan bidang yang dipohon.
- Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.
Lokasi GIATMARA
GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi.
Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program ini menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan.
Lokasi institusi pendidikan ini di seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://giatmara.edu.my/direktori-giatmara/.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai institusi pendidikan TVET ini, sila layari laman web https://giatmara.edu.my/.