GMI: Permohonan Kemasukan Julai 2022 Peringkat Diploma
German-Malaysian Institute (GMI) telah membuka permohonan kemasukan ke institut tersebut bagi sesi kemasukan Julai 2022.
GMI ialah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ditubuhkan pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar.
Pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke GMI di peringkat Diploma adalah dialu-alukan memohon dan permohonan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021 adalah diterima.
Kemudahan & Manfaat Yang Disediakan
Kemudahan dan manfaat yang disediakan di IPT ini adalah seperti:
- Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
- Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
- Kelengkapan pembelajaran praktikal.
- Penginapan pelajar dan persekitaran.
- Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.
- Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.
- Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.
Program Ditawarkan
Program peringkat diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
- Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
- Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
- Diploma In Network Security
- Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
- Diploma In Autotronics Engineering Technology
- Diploma in Creative Multimedia
- Diploma in Software Engineering
ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
- Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
- Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
- Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
- Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
- Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:
- Matematik.
- Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.
- Satu subjek lain.
- Lulus Bahasa Inggeris.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/onlineapp.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Pilih program pengajian.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke GMI, sila hubungi talian 03-8921 9164.