GMI: Permohonan Kemasukan Julai 2024 Peringkat Diploma

German-Malaysian Institute (GMI) telah membuka permohonan kemasukan ke institut tersebut bagi sesi kemasukan Julai 2024.

Berikut adalah info mengenai institusi ini dan cara untuk membuat permohonan kemasukan.

Mengenai GMI

GMI ialah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ditubuhkan pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar.

Institusi ini ditadbir oleh 10 ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada wakil daripada kedua-dua kerajaan, serta wakil awam dan industri.

Selain itu, institusi ini juga ditubuhkan sebagai Syarikat Berhad di mana pengasasnya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jerman Malaysia (MGCC), dan agensi pelaksananya ialah MARA dan Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) GmbH (yang dahulunya dikenali sebagai German Technical Corporation atau GTZ).

Pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke GMI di peringkat Diploma adalah dialu-alukan memohon dan permohonan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM adalah diterima.

Kemudahan & Manfaat Yang Disediakan

Kemudahan dan manfaat yang disediakan di IPT ini adalah seperti:

  • Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Kelengkapan pembelajaran praktikal.
  • Penginapan pelajar dan persekitaran.
  • Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.
  • Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.
  • Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.

Program Ditawarkan

Program peringkat diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Network Security
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
  • Diploma In Autotronics Engineering Technology
  • Diploma in Creative Multimedia
  • Diploma in Software Engineering

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:

  • Matematik.
  • Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.
  • Satu subjek lain.
  • Lulus Bahasa Inggeris.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://gmi.vialing.com/oa/register.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  5. Pilih program pengajian.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke GMI, sila hubungi talian 03-8921 9164.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: