Cara Memohon GMI MARA 2022: German-Malaysian Institute

Individu yang berminat untuk menyambung pengajian German-Malaysian Institute (GMI) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan bagi Januari 2022 telah dibuka.

Untuk makluman, GMI ialah sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran yang ditubuhkan pada tahun 1991.

Institusi ini menawarkan latihan praktikal dan teori yang komprehensif yang merangkumi pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.

Oleh itu, individu yang berminat untuk memohon kemasukan ke GMI 2022 ambilan Januari, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tempat adalah terhad.

Keistimewaan GMI

Bagi mereka yang terpilih untuk memasuki GMI, mereka akan menerima beberapa keistimewaan seperti:

i) Pembiayaan Pendidikan

  • MARA (elaun RM630 sebulan bagi pelajar Bumiputera yang layak).
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi yang layak.

ii) Fasiliti

  • Bengkel dan bilik kuliah yang kondusif.
  • Kelengkapan berteknologi tinggi.
  • Asrama.
  • Perpustakaan.
  • Kompleks sukan dan gimnasium.
  • WIFI percuma.
  • Berdekatan dengan stesen komuter, MRT, dan Bas Rapid.

Program Ditawarkan

Terdapat 13 program yang ditawarkan merangkumi 2 jabatan iaitu:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Network Security
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
  • Diploma In Autotronics Engineering Technology
  • Diploma In Creative Multimedia

ii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke GMI yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Lulus SPM dan 3 Kredit (Termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal).
  2. Bagi program Diploma Kreatif Multimedia, pemohon mestilah Lulus SPM dan 3 Kredit.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://gmi.edu.my/onlineapp.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  3. Login dengan memasukkan email dan no kad pengenalan.
  4. Setelah berjaya, isi semua maklumat permohonan sehingga selesai.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke GMI 2022, sila whatsapp kepada urusetia kemasukan iaitu:

  • Pn. Sallysmar- 011 5674 1706
  • En. Amir- 011 2605 5460
  • Pn. Syamimi- 011 1532 8200
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: