GMI: Pengambilan Kemasukan Peringkat Diploma Sesi September 2022

Individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, German-Malaysian Institute (GMI) telah membuka permohonan kemasukan ke institut tersebut bagi sesi kemasukan September 2022.

GMI ialah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ditubuhkan hasil kerjasama negara Jerman dan Malaysia pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar.

Untuk kemasukan ke institusi ini bagi sesi September 2022, permohonan boleh dibuat sebelum 15 September 2022.

Kemudahan & Manfaat Yang Disediakan

Kemudahan dan manfaat yang disediakan di institusi ini adalah:

  • Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Fasiliti lengkap dan menyeluruh seperti penginapan, kompleks sukan, surau, cafe dan keseluruhan persekitaran yang kondusif.
  • Berorientasikan Kemahiran TVET.
  • Lokasi strategik iaitu terletak di kawasan Multinational Company (MNC) dan mempunyai akses latihan industri yang lebih besar.
  • Diiktiraf MQA dan relevan kepada keperluan industri.
  • Kelengkapan pembelajaran, makmal, bengkel, mesin dan keseluruhan teknologi bertaraf industri.
  • Laluan pengajian ke peringkat ijazah lebih cerah samada di dalam dan luar negara.
  • Mudah mendapat pekerjaan.

Program Ditawarkan

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

Syarat Kemasukan

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat kemasukan dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:

  • Matematik.
  • Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.
  • Satu subjek lain.
  • Lulus Bahasa Inggeris.

Tatara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/sept-2022-intake/.
  2. Isi maklumat pada ruangan pendaftaran.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang “Hantar.”

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai kemasukan ke GMI, layari laman web https://www.gmi.edu.my/sept-2022-intake/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: