Gradpreneur@Perak: Latihan & Pembiayaan Keusahawanan Graduan

Graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada Negeri Perak yang berminat untuk menjadi usahawan atau ingin mengembangkan perniagaan adalah dialu-alukan untuk menyertai Program Gradpreneur@Perak bagi Kohort 2.

Gradpreneur@Perak adalah program yang menawarkan latihan, pembiayaan serta khidmat nasihat kepada graduan untuk menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Program PENJANA KPT-CAP yang merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran.

Tawaran dibuka kepada 50 orang yang terawal dan graduan yang berminat boleh membuat pendaftaran secara atas talian sehingga 19 Mei 2022 pada jam 5 petang.

Manfaat Program

Graduan yang menyertai program ini akan mendapat manfaat-manfaat berikut iaitu:

  • Latihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hari
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan

Tarikh & Tempat Program

Program ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi graduan yang ingin mendaftar adalah seperti berikut:

  • Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 – 2021 sahaja (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja).
  • Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
  • Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.

Cara Mendafar

Pendaftaran program boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu https://forms.gle/KZAqYu4A1B36zBmQ6.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  3. Lengkapkan semua maklumat tersebut.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Gradpreneur@Perak, sila layari pautan https://www.facebook.com/Yayasan-Perak-Gradpreneur-YPG-110257431554226 atau menghubungi:

  • Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI) – 0122118608
  • Yayasan Perak – 05-2460227
  • PASAK – 018-297 4725
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: