GrEP 2023: Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA

Pelajar pasca siswazah sama ada Sarjana dan Doktor Falsafah yang cemerlang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara yang ingin memohon pinjaman pelajaran, permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dibuka.

Program Graduan Cemerlang MARA adalah pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah di peringkat pasca siswazah sama ada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Pemohon yang berminat untuk memohon pinjaman pelajaran ini boleh berbuat demikian mulai 7 November 2023 (Selasa) hingga 21 November 2023 (Selasa).

Bidang & Sub Bidang

Permohonan bagi pinjaman pelajaran ini dibuka bagi pelajar yang mengambil bidang dan sub bidang berikut:

Senarai IPT Layak Memohon

Pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT berikut layak memohon iaitu:

i) IPT Dalam Negara

  1. Universiti Awam
  2. Goverment Linked University (GLU)
    – Universiti Teknologi Petronas
    – Universiti Tenaga Nasional
    – Universiti Multimedia
  3. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
    – Asia Pacific University of Technology & Innovation
    – Asian Institute of Medicine, Science And Technology
    – Berjaya University
    – City University
    – Help University
    – Infrastructure University Kuala Lumpur
    – International Medical University
    – INTI International University
    – KDU University College
    – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    – Lincoln University College
    – Mahsa University
    – Management & Science University
    – Nilai University
    – Perdana University
    – Segi University
    – Sunway University
    – Tati University College
    – Taylors University
    – UCSI University
    – Universiti Tunku Abdul Rahman
    – University of Cyberjaya
    – Curtin University Malaysia
    – Monash University Malaysia
    – Newcastle University Medicine Malaysia
    – Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    – University Of Nottingham Malaysia Campus
    – Universiti Kuala Lumpur
    – Universiti Tun Abdul Razak
    – International Centre For Education in Islamic Finance
    – Manipal International University
    – Asia Metropolitan University
    – Herriot-Watt University Malaysia
    – Putra Business School
    – Quest International University Perak
    – Tunku Abdul Rahman University College
    – Widad University College
    – Linton University College
    – Kpj Healthcare University College
    – University College Bestari
    – Kuala Lumpur Metropolitan University College
    – University College of Technology Sarawak

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 di peringkat pengajian berikut:
    a) Sarjana – Tidak melebihi 40 tahun
    b) Doktor Falsafah- Tidak melebihi 45 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  5. Pemohon/ibu/bapa/penjaga/pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  6. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik

Selain itu juga, pemohon perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:

i) Sarjana Dalam Negara

  • Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.

ii) PhD Dalam Negara

  • Pemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.

Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Selain itu, pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Syarat Program

Syarat program yang juga perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2023.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama. H-Indeks merujuk Scopus, World of Science dan Google Scholar.
  4. Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti dalam senarai IPT.
  5. Pemohon mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti dalam senarai IPT.
  6. Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  7. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  8. Permohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.
  9. Pemohon yang sedang bekerja pula boleh dipertimbangkan untuk pengajian secara separuh masa di dalam negara dan hanya yuran pengajian sahaja yang akan ditaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.
  10. Pelajar yang telah memiliki kelayakan yang sama dengan bidang yang ingin dipohon tidak akan dipertimbangkan.

Tatacara Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA

Permohonan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari https://www.mara.gov.my.

Sebarang pertanyaan mengenai Program Graduan Cemerlang MARA (GrEP) 2023, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: