Permohonan Pengambilan Guru Gred DG9 Di Bawah JPINT 2025

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam yang telah menamatkan pengajian dan telah memperoleh keputusan senat Universiti pada tarikh tutup hebahan ini untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru Gred DG9 Secara “Contract Of Service” di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pengambilan ini.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 16 Januari 2025 sehingga 30 Januari 2025 (Khamis), sebelum jam 3.00 petang.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
- Sihat tubuh badan
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2025
- Memiliki kelulusan akademik:
– Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
– Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
– Pemohon perlu mengemukakan surat pengiktirafan Ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semasa membuat permohonan secara dalam talian. - Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.
Bagi calon bukan rakyat Terengganu perlu mengemukakan Surat Akuan Menjadi Rakyat (Undang-Undang Taraf Kebangsaan Negeri Terengganu. Peraturan 8(2)) atau kad pengenalan bapa (rakyat Terengganu).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang http://jheat.terengganu.gov.my atau dengan melayari http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu mulai 16 Januari 2025 (Khamis).
- Calon dikehendaki untuk memilih SATU (1) aliran sahaja (UMUM atau AGAMA) bagi permohonan jawatan ini. Sekiranya didapati calon mengisi kedua-dua pilihan, permohonan tersebut akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan ditolak.
- Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ memanipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undangundang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pengetahuan Am & Daya Berfikir sebelum di temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara “Contract Of Service”.
- Calon boleh membuat semakan status permohonan bagi saringan seterusnya melalui laman sesawang http://jheat.terengganu.gov.my dan http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu.
- Hanya calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temuduga mengikut opsyen yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan keputusan panggilan ujian atau temuduga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan guru gred DG9 di bawah JPINT, sila berhubung dengan Pegawai di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, di talian 09-6252525 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia).
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan Negeri Sembilan MAINS 2025