Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Sabah 2025

Jawatan kosong guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Sabah 2025 telah dibuka kepada mereka yang berminat.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan jawatan ini.

Mengenai Kelas KAFA
Kelas KAFA adalah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.
Ianya merupakan program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.
Pelaksanaan kelas ini menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan jawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun hingga 40 tahun.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
– Bahasa Melayu gred C
– Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah gred C
– Lulus Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi)
Cara Memohon
Untuk memohon, sila isi borang permohonan dengan lengkap dan dihantar ke Pejabat Perhubungan KAFA daerah yang dipohon.
Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan https://drive.google.com/file/d/1a3z1boBW6DyKEODy0EKOtbWgKeiYp3tB/view.
Hanya calon yang berkelayakan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga KAFA.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:
- Gambar berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan STAM/STPM/Diploma (jika ada)
- Salinan Diploma/Sijil IPDAS/IKMAS (jika ada)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan guru KAFA Sabah, sila hubungi 08-8488641.
Baca juga: Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2025 Dalam Negara MAIJ