Permohonan Jawatan Guru KPM DG9 (Kontrak) 2025

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan jawatan ini.

Tugas Guru
Antara tugas seorang guru adalah seperti berikut:
- Menyediakan bahan pengajaran
- Menyampaikan pengajaran secara kreatif dan inovatif
- Menilai prestasi pelajar
- Memberi maklum balas dan bimbingan
- Menguruskan kelas dengan cekap
- Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan dan kelab, dan turut terlibat dalam penyelidikan dan perkembangan profesional.
- Melibatkan kerjasama dengan ibu bapa dalam memastikan pembelajaran yang berkesan dan membantu dalam perkembangan pelajar secara holistik.
Syarat Permohonan
Syarat-syarat lantikan guru Gred DG9 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Memiliki kelayakan seperti berikut:
– Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
– Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
– Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; - Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR.
- Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
- Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM.
- Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.
- Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.
Graduan Tidak Layak Memohon
Graduan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
- Graduan Bukan Pendidikan
- Graduan Pendidikan Tajaan KPM;
- Guru Interim;
- Guru Kontrak (Lantikan SPP);
- Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
- Seorang bankrap
Cara Mengemukakan Permohonan
Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 7 Februari 2025 (Jumaat).
Graduan Pendidikan juga diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
Hanya Graduan Pendidikan yang memohon atau mengemas kini permohonan dalam tempoh 24 Januari 2025 hingga 7 Februari 2025 akan dipertimbang untuk ditemu duga.
Graduan Pendidikan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 8 Februari 2025 hingga 7 Mac 2025.
Pengiktirafan Kelayakan
Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga. Ini bertujuan bagi pengesahan penarafan bidang pendidikan.
Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan atau https://www2.mqa.gov.my/mqr
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan guru KPM gred DG9, sila layari https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman/2025/pengumuman-umum/hebahan-pengambilan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-tahun-2025?fbclid=IwY2xjawIEYbNleHRuA2FlbQIxMAABHdKarS96Ronj2or9QsnBVyXe_ncWpDuu6rFhhIsu4NvP9cRhVB3fikVEKA_aem_7WQX67XIUQv7yteBrzMY-g
Baca juga: Permohonan Pengambilan Guru Gred DG9 Di Bawah JPINT 2025