Permohonan HLP: Hadiah Latihan Persekutuan Sarjana & PhD 2023

Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk menyambung pengajian kini boleh memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi pengajian Sarjana dan Kedoktoran (PhD) untuk tahun 2023.

HLP ialah program penajaan dan cuti bergaji penuh kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan secara sepenuh masa sama ada Sarjana atau PhD di IPT dalam dan luar negara.

Untuk melayakkan pegawai ini mendapatkan penajaan ini, mereka perlu mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan mulai 11 April 2022 sehingga 20 Mei 2022 secara atas talian.

Peringkat Pengajian

Terdapat 2 peringkat pengajian ditawarkan bagi HLP Sesi 2023 iaitu:

  • PhD: Untuk universiti luar dan dalam negara.
  • Sarjana: Untuk universiti luar dan dalam negara.

Institusi Pengajian

Institusi pengajian yang layak memohon penajaan ini adalah seperti berikut:

i) Luar Negara

  • Senarai Type A dan Type B di dalam Top Global Universities (The Top Global University Project) bagi pengajian di Jepun.
  • Senarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam The Times Higher Education (THE) World University Rankings; atau
  • Senarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.

ii) Dalam Negara

Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti berikut:

a) IPTA

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

b) IPTS

  • Asia Pasific University College of Technology and Innovation (APU)
  • Curtin University (Malaysia Campus), Sarawak
  • Monash University Malaysia
  • Swinburne University of Technology (Sarawak Campus)
  • The Global University of Islamic Finance (INCEIF), Kuala Lumpur
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • University College Sedaya International (UCSI University)
  • University of Nottingham (Malaysia Campus), Semenyih
  • Taylor’s University Malaysia
  • Management and Science University (MSU)
  • Sunway University
  • Universiti Kuala Lumpur (UNiKL)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Lincoln University College
  • Tunku Abdul Rahman University College (TARUC)
  • University College TATI
  • Widad University College
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • SEGi University
  • Manipal International University (Nilai)
  • Putra Business School (PBS)

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi permohonan tajaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  2. Pegawai tersebut juga perlu mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan.
  2. Pegawai telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2022.
  3. Pegawai telah mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  4. Pada 1 Januari 2023, pegawai mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat PhD dan tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana.
  5. Tempoh perkhidmatan minimum (pada 1 Januari 2022) di kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah seperti berikut:
    – Ijazah Sarjana: 8 tahun ke atas
    – Ijazah Kedoktoran: 9 tahun ke atas
  6. Pegawai mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
    – Lebih daripada 12 bulan: 2 tahun
    – Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan: 1 tahun
  7. Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan/Pegawai Pegawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia.
  8. Pegawai telah memohon pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik semasa yang dimiliki oleh pegawai.
  9. Pegawai bersih daripada sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib dan dakwaan mahkamah.
  10. Pegawai telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.
  11. Pegawai tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.
  12. Pegawai bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  13. Pegawai masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau
  14. Pegawai telah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau
  15. Pegawai bagi calon Ijazah Kedoktoran sahaja telah memulakan pengajian pada tahun penawaran dibuka dengan syarat pemohon perlu memohon penangguhan pengajian daripada universiti bagi mengikuti Kursus PhD yang ditetapkan JPA.
  16. Pemohon Program HLP JPA di peringkat Ijazah Sarjana untuk bidang pengajian Ekonomi, Undang-undang, Seni Bina, Kaunseling dan Psikologi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat ijazah pertama dalam bidang-bidang tersebut.
  17. Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.
  18. Pegawai menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut garis panduan berdasarkan pilihan bidang pengajian yang ditaja.

Cara Memohon

Permohonan tajaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ bagi pendaftaran kali pertama.
  3. Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai HLP 2023, sila hubungi Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03–8885 3053/3571 atau email ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *