Permohonan HLP, CBBP TB & HLPS Guru KPM 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berhasrat ingin memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB), dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) ambilan tahun 2023.
Untuk makluman, HLP ialah kemudahan yang diberikan kepada PPP untuk mendapatkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara.
Bagi HLPS pula, kemudahan ini ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di IPTA secara separuh masa namun tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan yang akan dibuka kepada PPP untuk memohon HLP dan HLPS adalah pada 23 Disember 2022 hingga 20 Januari 2023.
Syarat Umum
Syarat umum yang ditetapkan bagi permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.
- Bagi permohonan HLP, pemohon perlu belum memulakan pengajian.
- Bagi permohonan HLPS, belum memulakan pengajian atau telah memulakan pengajian tidak melebihi semester 3 sehingga 7.
Syarat Khusus
Syarat khusus bagi permohonan HLP, CBBP TP, dan HLPS adalah seperti berikut:
- Umur kelayakan permohonan HLP:
– Sarjana: 50 tahun
– Kedoktoran: 45 tahun - Umur kelayakan permohonan HLPS:
– Sarjana: 50 tahun
– Kedoktoran: 46 tahun - Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Berkhidmat secara tetap.
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
- Purata markah LNPT/PBPPP adalah 85% dan ke atas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut dalam skim perkhidmatan terkini.
- Bebas daripada sebarang penyakit kronik.
- Mengikut progam dan peringkat pengajian yang ditawarkan.
- Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan.
- Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
- Bersih daripada pertuduhan atau tindakan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah.
- Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS.
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.
- Diwajibkan memilih bidang pengajian/pengkhususan/kursus yang ditawarkan sahaja.
- Perlu menyediakan kertas cadangan (proposal) dan dibawa semasa sesi temu duga.
Syarat Akademik
Syarat akademik yang ditetapkan pula bagi pemohon HLP dan HLPS adalah seperti berikut:
- Sarjana
Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setaraf | Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja |
2.00-2.49 | 10 tahun |
2.50-2.99 | 5 tahun |
3.00 dan ke atas | 3 tahun |
2. Kedoktoran
Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setaraf | Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja |
Lulus Peringkat Sarjana | 3 tahun |
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan atas talian https://epenawaran.moe.gov.my/.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Masuk.’
- Setelah masuk, lengkapkan semua maklumat berikut:
– Maklumat program
– Maklumat peribadi
– Maklumat akademik
– Maklumat perkhidmatan
– Maklumat pencapaian
– Maklumat penjagaan - Lengkapkan perakuan untuk melengkapkan permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://epenawaran.moe.gov.my/.