HLP PPPT 2025: Semakan Keputusan Penajaan

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) yang telah memohon Skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) PPPT 2025 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), semakan keputusan penajaan boleh dilakukan mulai 14 April 2025..
Berikut adalah maklumat dan info mengenai penajaan ini.
Mengenai HLP PPPT
Untuk makluman, skim HLP bagi pengajian Sepenuh Masa ini ditawarkan oleh KPT bagi PPPT yang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.
Ianya ditawarkan meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Syarat Permohonan
Syarat umum yang ditetapkan bagi penajaan ini adalah pegawai-pegawai yang ingin memohon hendaklah mempunyai:
- Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan);
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
- Telah mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
- Pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada 1 Januari 2025;
- Tempoh perkhidmatan minimum pegawai dalam kumpulan P&P pada 1 Januari 2025 adalah seperti berikut:
– Ijazah Sarjana – 8 tahun ke atas
– Ijazah Kedoktoran – 9 tahun ke atas - Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
– Tempoh kursus lebih daripada 12 bulan – tempoh menunggu 2 tahun
– Tempoh kursus lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan – tempoh menunggu 1 tahun - Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan / Pegawai Pengawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing;
- Bebas daripada sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib / dakwaan mahkamah;
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini; dan
- Bebas daripada sebarang penyakit kronik.
Semakan Keputusan Penajaan
Semakan keputusan penajaan ini boleh dibuat menerusi pautan berikut iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) PPPT 2025, sila layari https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php atau menghubungi:
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
(u.p: Cawangan Penawaran)
No. Telefon : 03-8321 7144/7154/7071/7136
E-mel : [email protected]