HPA: Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) kepada penjawat awam semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Oktober 2025 yang lalu.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai hadiah ini.
Mengenai Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA)
HPA merupakan hadiah berbentuk insentif kewangan yang diberi kepada pegawai kumpulan berkenaan yang melanjutkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri, semasa dalam perkhidmatan awam.
Pemberian hadiah ini sebagai galakkan supaya penjawat awam meningkatkan keupayaan atas ikhtiar dan inisiatif sendiri,
Ianya bersifat sekali sepanjang perkhidmatan namun tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pembeerian hadiah ini akan melibatkan manfaat kepada 91,672 pegawai awam dengan peruntukan sebanyak RM75.7 juta.

Jumlah Pemberian HPA
Pemberian hadiah ini akan melibatkan jumlah seperti berikut:
- RM1,250.00: Ijazah Kedoktoran (PhD)
- RM1,000.00: Ijazah Sarjana
- RM750.00: Ijazah Sarjana Muda
- RM500.00: Diploma atau kelayakan setaraf

Syarat Kelayakan
Kelayakan untuk menerima hadiah ini adalah seperti berikut:
- Pemberian ini hanya diberikan sekali seumur hidup.
- Menyambung pengajian menggunakan wang sendiri semasa masih berkhidmat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai HPA, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengumumkan dari masa ke masa.
Sila layari laman sosial Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengetahui info terkini mengenai inisiatif ini.



