HRMIS 2.0: Login Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

Bagi penjawat awam di Malaysia, sudah pasti anda sudah biasa mendengar Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) 2.0.

HRMIS atau Human Resource Management Info System merupakan sistem yang dilaksanakan bermula pada 12 April 1999 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menjalankan urusan mengenai sumber manusia di dalam setiap agensi dan organisasi.

Sistem ini adalah sebagai salah satu daripada projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik yang telah direka bentuk dan dilaksanakan berdasarkan visi, hala tuju strategik Pengurusan Sumber Manusia (PSM).

Keistimewaan HRMIS 2.0

Terdapat beberapa keistimewaan HRMIS berbanding sistem lama iaitu:

  • Peningkatan kepuasan pengguna.
  • Proses-Proses PSM yang bersepadu dan diperkemaskan.
  • Pangkalan Data PSM yang berpusat dan bersepadu.

Objektif Pengenalan

Terdapat beberapa objektif HRMIS ini diperkenalkan iaitu:

  1. Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap.
  2. Mengautomasikan proses-proses operasi PSM.
  3. Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.
  4. Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window.
  5. Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less.
  6. Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Ciri-Ciri HRMIS

Aplikasi HRMIS telah dibangunkan dengan ciri-ciri utama berikut:

  1. Dipacu oleh Proses (Process Driven)
  2. Perhubungan antara Tiga Komponen Data
  3. Kemudahan Layan Diri
  4. Berasaskan Web
  5. Integrasi antara Fungsi-Fungsi Sumber Manusia
  6. Perkongsian Ilmu
  7. Dasar/Peraturan Sumber Manusia Dimasukkan dalam Sistem
  8. Keselamatan dan Aliran Kerja (Workflow)

Cara Login

Untuk login HRMIS 2.0, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web HRMIS 2.0 iaitu https://hrmis2.eghrmis.gov.my/.
  2. Masukkan ID pengguna dan masukkan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Hantar.’

4. Pergi ke bahagian ‘Peti Pesanan’ untuk menyemak mesej baru atau pesanan yang belum dibaca.

5. Untuk capaian submodul dari laman utama, pilih submodul dan klik bahagian yang ingin dilihat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai HRMIS 2.0., sila hubungi pihak JPA di talian 03-8321 1400 atau melayari laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: