i-BiTA 2025: Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT P. Pinang
Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Pulau Pinang (i-BiTA) bagi tahun 2025 untuk pelajar Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mula dibuka.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.
Mengenai i-BiTA
Untuk makluman, i-BiTA adalah bantuan pendaftaran pelajar ke IPT yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar yang berjaya memasuki ke IPT.
Ini bagi membantu pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke universiti awam dan politeknik seluruh Malaysia.
Pelajar yang tergolong daripada keluarga M40 dan ke bawah adalah dialu-alukan memohon bantuan ini.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Julai 2025 sehingga 31 Oktober 2025.
Jumlah Bantuan i-BiTA
Jumlah bantuan yang akan diterima pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Universiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00
- Politeknik Malaysia: RM300.00
Senarai IPT
Pelajar yang menyambung pengajian di IPT berikut layak memohon:
i) IPTA
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
ii) IPTS
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
- Universiti AIMST (AIMST)
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)
- Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
- MSU College Penang
iii) Politeknik
- Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
- Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik Metro Betong (PMBS)
- Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
- Politeknik Kota Bharu (PKB)
- Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)
- Politeknik Besut (PBT)
- Politeknik Bagan Datuk (PBD)
- Politeknik Port Dickson (PPD)
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
- Politeknik Seberang Perai (PSP)
- Politeknik Melaka (PMK)
- Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
- Politeknik Merlimau (PMM)
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
- Politeknik Muadzam Shah (PMS)
- Politeknik Balik Pulau (PBU)
- Politeknik Jeli (PJK)
- Politeknik Nilai (PNS)
- Politeknik Banting (PBS)
- Politeknik Mersing (PMJ)
- Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
- Politeknik Tawau (PTS)
- Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
- Politeknik Sandakan (PSS)
- Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
- Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
Syarat Permohonan
Pelajar perlu memenuhi syarat permohonan berikut sebelum membuat permohonan iaitu:
- Pemohon ialah anak kelahiran Pulau Pinang.
- Pelajar yang menduduki SPM/STPM melalui sekolah di Pulau Pinang.
- Ibu/Bapa pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Pendapatan isi rumah keluarga pelajar iaitu termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00 bulan.
Cara Memohon i-BiTA
Permohonan bantuan pendaftaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Melayari laman web iaitu https://ibita.penang.gov.my/.
- Klik pada ‘Login Pemohon.’
- Lengkapkan maklumat pada ‘Daftar Maklumat Akses Pemohon’ dan klik butang’ Setuju & Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Lengkapkan maklumat permohonan.
- Cetak borang permohonan tersebut setelah menghantar permohonan secara atas talian.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Cetak dan hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah bersama dokumen yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan (yang telah disahkan) untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik.
- Salinan Resit pembayaran yuran pendaftaran.
- Salinan Kad pengenalan pelajar.
- Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
- Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Pesara ibu dan bapa atau penjaga.
- Salinan Penyata Bank (pelajar).
- Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai i-BiTA, sila layari laman web https://ibita.penang.gov.my/.
Baca juga: Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2026