i-GPS: Inisiatif Graduan Pulang Sarawak RM300

Pelajar Sarawak berpeluang mendapat inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS).

i-GPS merupakan inisiatif subsidi tambang penerbangan untuk pelajar Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan untuk pulang ke Sarawak.

Inisiatif ini dapat membantu meringankan beban para pelajar untuk pulang ke negeri mereka terutamanya dalam aspek tambang penerbangan.

Kadar Bantuan

Pelajar yang layak menerima Inisiatif Graduan Pulang Sarawak akan mendapatsubsidi atau bantuan berjumlah RM300.

Syarat Kelayakan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Seorang pelajar hanya layak untuk menerima inisiatif ini sebanyak 2 kali sahaja setahun.
  2. Pemohon adalah anak Sarawak yang berusia 18 tahun ke atas pada tarikh penerbangan.
  3. Pemohon masih lagi aktif dan belajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia yang berdaftar di bawah mana-mana kementerian pada tarikh penerbangan yang dilakukan.
  4. Perjalanan penerbangan hanya daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan untuk pulang ke Sarawak sahaja.

Permohonan Tidak Layak

Terdapat 2 keadaan permohonan inisiatif ini tidak layak untuk dipohon iaitu:

  1. Penerbangan yang ditaja oleh kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan atau mana-mana organisasi lain.
  2. Perbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan.

Panduan Permohonan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak

Permohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti panduan di bawah:

  1. Pemohon boleh membuat permohonan menerusi laman web Yayasan Sarawak https://yayasansarawak.org.my/ atau melalui aplikasi Yayasan Sarawak Student App yang boleh dimuat turun di Google Store atau Apple App Store.
  2. Hantar permohonan dengan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas penerbangan dilakukan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak tanpa notis.

Garis Masa Permohonan

Garis masa permohonan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai i-GPS, sila layari laman web https://yayasansarawak.org.my/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: