Permohonan Insentif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2025

Insentif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2025 diteruskan khusus bagi anak Sarawak untuk memohon subsidi penerbangan untuk pulang ke negeri tersebut.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif tersebut.

Mengenai i-GPS 2025

Insentif ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bermula tahun 2019 di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menerusi insentif ini, mahasiswa akan diberikan bantuan dengan pemberian subsidi tiket penerbangan balik Sarawak semasa musim perayaan.

Ini selepas Kerajaan Sarawak mendengar keluhan daripada mahasiswa Sarawak apabila tiket penerbangan agak mahal untuk pulang ke Sarawak terutamanya pada musim perayaan.

Jumlah Subsidi

Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak memberi subsidi RM300 kepada pelajar Sarawak yang layak.

Mereka mestilah belajar sepenuh masa di IPT yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pulang ke Sarawak.

Syarat Permohonan 

Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Seorang pemohon hanya layak menerima subsidi i-GPS sebanyak dua kali sahaja untuk tahun 2025.
  2. Pemohon adalah anak Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh penerbangan dilakukan.
  3. Pemohon masih aktif dan belajar secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia yang berdaftar di bawah mana-mana Kementerian yang berkenaan pada tarikh penerbangan dilakukan.
  4. Tarikh penerbangan pemohon adalah pada mana-mana tarikh dalam tahun 2025.
  5. Perjalanan penerbangan pemohon adalah dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan balik ke Sarawak sahaja. 
  6. Permohonan dan kemaskini permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem yang disediakan di pautan laman web yayasansarawak.org.my atau dengan menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App di Apple App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
  7. Pemohon hendaklah menghantar permohonan yang betul dan Iengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan dilakukan.
  8. Permohonan i-GPS tidak terpakai untuk sebarang penerbangan berikut:
    – Penerbangan yang ditaja oleh Kerajaan atau Agensi Berkaitan Kerajaan atau mana-mana organisasi lain; atau 
    – Penerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan.
  9. Permohonan yang lewat, tidak Iengkap, diragui atau palsu tidak akan dilayan dan akan ditolak tanpa notis.
  10. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat permohonan i-GPS yang telah ditetapkan.
  11. Sarawak Volunteers berhak mengubah terma dan syarat permohonan i-GPS tanpa sebarang notis.
  12. Sebarang keputusan oleh Sarawak Volunteers terhadap mana-mana permohonan i-GPS adalah muktamad.

Cara Memohon

Permohonan mestilah dibuat menerusi laman web https://yayasansarawak.org.my/ atau menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai i-GPS 2025, sila layari laman web https://yayasansarawak.org.my atau menghubungi Sarawak Volunteers di talian 082-443265/email [email protected].

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan Negeri Sembilan MAINS 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: