I-Online: Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membuat semakan baki pinjaman dengan mudah secara atas talian sahaja melalui sistem I-Online.
Ini memudahkan para peminjam untuk menyemak baki terkini pinjaman tanpa perlu ke pejabat PTPTN yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
Selain semakan baki pinjaman, peminjam juga boleh melihat ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal I-Online.
Mengenai PTPTN
PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997.
Fungsi utama agensi ini adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.
Bagi membiayai pengajian di peringkat tinggi, pinjaman ini merupakan antara pilihan yang boleh dimohon pelajar bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian sehingga tamat.
Pinjaman pendidikan yang ditawarkan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Cara Membuat Semakan
Semakan boleh dibuat dengan mudah menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
1. Layari laman web I-Online iaitu https://www.ptptn.gov.my/ionline/.
2. Masukkan kad pengenalan dan kata laluan.
3. Klik butang “Log Masuk.”
4. Sekiranya terlupa kata laluan, klik butang “Lupa Kata Laluan” untuk mendapatkan kata laluan baru melalui emel.
5. Di bahagian “Menu,” klik “Penyata Baki” atau “Penyata Baki Terperinci.”
6. Penyata baki dipaparkan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai I-Online, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.