iBAKIPT

iBAKIPT Fasa 2: Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah RM300

Anak Negeri Kedah yang berjaya memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang untuk mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah menerusi Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (iBAKIPT) bagi Fasa 2.

iBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan buat anak-anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke IPT.

Oleh itu, pelajar baharu yang memasuki IPT pada tahun ini dialu-alukan untuk memohon dan permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan bagi pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah RM300.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000 dan ke bawah.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dalam negara atau luar negara (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Permohonan dibuka untuk pelajar semester pertama kemasukan baharu tahun 2022 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pelajar kategori berikut tidak layak memohon:
    i) Pelajar Sijil/Asasi/Matrikulasi/Foundation
    ii) Pelajar Pasca-Siswazah (Sarjana/Master/Ph.D)
    iii) Pelajar separuh masa
    iv) Pelajar luar kampus
    v) Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
    vi) Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
    vii) Pelajar di bawah latihan separa perubatan di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt/login.php?a=NzUxNzI2.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Pergi ke menu ‘Perkhidmatan’ dan klik butang ‘BAIKPT.’
  6. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  7. Muat naik dokumen sokongan.
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.
  5. Salinan Akaun Bank/Penyata Bank.
  6. Borang Pengesahan Tempat Tinggal oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Penajaan (BAKIPT) di talian 04 702 7272/7283 atau email ke [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top