Permohonan iBita: Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT Pulau Pinang 2021

Anak-anak Negeri Pulau Pinang yang akan mendaftar pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita) 2021 yang disediakan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Untuk makluman, iBita merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membantu mahasiswa di negeri tersebut yang akan mendaftar ke IPT yang terpilih di seluruh negara.

Bantuan iBita ini ditawarkan bagi mahasiswa yang akan mendaftar di 3 jenis IPT yang terpilih iaitu:

  • Universiti Semenanjung
  • Universiti Sabah atau Sarawak
  • Politeknik Malaysia

Pemohon yang berminat dan ingin memohon boleh membuat permohonan bermula 1 September sehingga 30 September secara atas talian.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima mahasiswa yang layak adalah seperti berikut:

  • Universiti Semenanjung: RM1000
  • Universiti Sabah atau Sarawak: RM1200
  • Politeknik Malaysia: RM300

Senarai IPT

Pelajar yang akan mendaftar di IPT berikut layak untuk memohon permohonan iBita iaitu:

i) Universiti Awam

  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

ii) IPTS

  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
  • Universiti Aimst (AIMST)
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)
  • Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
  • Management And Science University College (MSU) Pulau Pinang

iii) Politeknik

  • Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
  • Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
  • Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
  • Politeknik Metro Betong (PMBS)
  • Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  • Politeknik Kota Bharu (PKB)
  • Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)
  • Politeknik Besut (PBT)
  • Politeknik Bagan Datuk (PBD)
  • Politeknik Port Dickson (PPD)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  • Politeknik Seberang Perai (PSP)
  • Politeknik Melaka (PMK)
  • Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  • Politeknik Merlimau (PMM)
  • Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  • Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  • Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  • Politeknik Balik Pulau (PBU)
  • Politeknik Jeli (PJK)
  • Politeknik Nilai (PNS)
  • Politeknik Banting (PBS)
  • Politeknik Mersing (PMJ)
  • Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  • Politeknik Tawau (PTS)
  • Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  • Politeknik Sandakan (PSS)
  • Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  • Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon wajib mengisi borang permohonan secara atas talian (online) di laman web http://ibita.penang.gov.my/.
  2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000 (gaji pokok sahaja).
  3. Ibu/bapa/penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  4. Pelajar yang ditawarkan ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon iBita boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iBita http://ibita.penang.gov.my/
  2. Klik butang ‘Pohon’ di bahagian atas.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Pautan pengaktifan kata laluan dihantar ke email dan klik pautan di email bagi pengaktifan kata laluan.
  5. Isi maklumat untuk mengaktifkan kata laluan dan klik butang ‘Hantar.’
  6. Klik pada kotak ‘Password’ dan masukkan no kad pengenalan.
  7. Masukkan kata laluan (Password) yang telah diset dan klik ‘Login.’
  8. Paparan kemudian ditukar ke sistem iBita dan klik pada pautan borang permohonan.
  9. Isi semua maklumat pelajar, pengajian, ibu bapa dan maklumat Bank.
  10. Klik bahagian sahkan permohonan dan kemudiannya klik ‘Hantar Permohonan.’
  11. Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  12. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan perlu dihantar melalui email ke Pejabat Daerah yang terlibat:
    – Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya (PDT DBD): [email protected]
    – Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDT DTL): [email protected]
    – Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara (PDT SPU): [email protected]
    – Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan (PDT SPS): [email protected]
    – Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (PDT SPT): [email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Dokuman yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik
  2. Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
  3. Salinan Kad Pengenalan pelajar
  4. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau poenjaga
  5. Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara ibu dan bapa atau penjaga
  6. Salinan Penyata Bank pelajar.
  7. Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
  8. Ibu dan bapa atau penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai iBita, sila hubungi Pejabat Daerah masing-masing untuk pertanyaan:

  • PDT DBD: 04-8689400
  • PDT DTL: 04-2616030
  • PDT SPU: 04-5776500
  • PDT SPS: 04-5857800
  • PDT SPT: 04-5488888

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *